Wednesday, 9 October 2013

Rumah Lama & KENANGAN !

~ASSALAMMUALAIKUM~



Bila duduk dalam bilik sorang-sorang ni, aku teringatkan rumah lama. Rumah tempat aku membesar. Dah hampir 7 tahun aku tinggalkan rumah tu. Banyak kenangan pahit dan manis aku lalui dekat rumah tu. Banyak benda yang aku belajar pasal hidup dekat sana. Sekarang ni aku dengar cerita rumah tu dah pun ada orang lain duduk. Dihuni oleh sekumpulan pelajar perempuan UITM. 

Disitulah aku membesar dari tadika sehinggalah aku tamat tingkatan 4. Masuk tingkatan 5, aku telah berpindah ke Bandar Putra. Iaitu rumah yang aku duduk sekarang. Sedih betul masa nak pindah tu. :') Jarak antara rumah lama dan rumah baru memanglah tak jauh. 15 minit perjalanan je. Tapi aku betul-betul rasa sayang nak tinggalkan rumah tu. 

Aku takut nanti bila papa 'balik' aku tak dapat jumpa dia. Aku tinggalkan rumah tu dengan azam nak memulakan sesuatu yang baru. Aku adalah orang yang terakhir keluar dan meninggalkan rumah tu. Sebelum aku melangkah keluar dari pintu rumah, aku toleh ke belakang, aku terpandang 1 ruang kosong. Aku terbayangkan papa duduk di atas katil sambil tersenyum memandang aku. Sakit dada aku menahan sebak. Aku taknak menangis di depan kawan-kawan aku yang menunggu di luar rumah. 

"Rajin-rajin datang sini tengok kita orang tau"

"Kau jangan nakal-nakal dekat sana weyyy. Hahahaha"

"Jumpa dekat sekolah nanti ea"

"Jaga adik dengan mama kau tu. Dorang harapkankau"

Segala macam nasihat dan ucapan yang sahabat, jiran aku pesan. Aku hanya mampu anggukan kepala je. Peluk cium dorang macam aku pergi jauh pulak. Aku masih tersenyum. Bila kereta mula bergerak tinggalkan rumah dan kawan-kawan, air mata aku pun mengalir.

Meninggalkan rumah lama tak bermakna aku tinggalkan semua kenangan aku. Bukan mudah untuk melupakan sesuatu. Akan aku simpan rapi kenangan-kenangan ni dalam hati, dan takkan sesekali aku padamkan biar perit sekali mana pun kenangan itu. Sebab dari kenangan dan pengalamanlah aku mendapat petunjuk dan belajar sesuatu yang baru.

Terima kasih KENANGAN !

No comments:

Post a Comment